9th Mac 2023
Dyslexia Genius Malaysia HQ Titiwangsa
Alhamdulillah Dyslexia Genius Malaysia telah dipilih oleh Jabatan ORL Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur sebagai pusat untuk Majlis Perlancaran Hari Pendengaran Sedunia 2023.
Jabatan ORL diketuai oleh Dr. Sharifah Zainun selaku Ketua Jabatan ORL didampingi oleh Doktor-doktor pakar bahagian pendengaran, jururawat dan staff telah menjalankan Ujian Pendengaran (Auditory testing) kepada seramai 150 orang pelajar selama 2 hari (9hb dan 10hb Mac).
Ucapan dan kata alu-aluan telah disampaikan oleh Dr Sharifah Zainun dan Majlis perlancaran telah dirasmikan oleh En Jaldeen Ali, Pengasas DGM.
Sepertimana yang kita ketahui Masalah Pembelajaran Spesifik adalah kelemahan seseorang pelajar utk memproses pembelajaran, dan masalah atau kelemahan/kekeliruan memproses bunyi adalah sebahagian dari masalah yg dihadapi oleh sesetengah pelajar-pelajar. Ujian pendengaran atau Auditory testing adalah amat penting bagi membantu pelajar-pelajar disleksia.
Majlis perlancaran juga telah ditaja bersama oleh Ronald McDonald Charities House, dimana McDonald telah menyediakan makanan ringan utk pelajar-pelajar dan telah menjalankan activiti seperti “Belon Beracun” dan exercise Body Movement & Coordination melalui musik bersama mascot Ronald McDonald.
Terima kasih disampaikan kepada semua Doktor-doktor, jururawat-jururawat, staf Jabatan ORL Hospital Tunku Azizah, Ronald McDonald Charities House dan guru-guru DGM.
Diharap semua usaha HTA dalam membantu lebih ramai lagi pelajar-pelajar yg mengalami masalah auditory diberkati Allah.