Every Child
Learns Differently
Dyslexia Genius Care Centre untuk Disleksik ditubuhkan dengan tujuan menyediakan sokongan pendidikan khas dan perkhidmatan intervensi bagi individu yang mengalami disleksia. Pusat ini diasaskan atas kepercayaan bahawa setiap anak berhak mendapat peluang untuk memahami keperluan mereka serta membantu mengembangkan kekuatan, kebolehan, dan potensi diri.
Kumpulan Sasaran
Dyslexia Genius Care Centre untuk Disleksik menyediakan perkhidmatan kepada:
- Kanak-kanak disleksia
- Individu yang mempunyai kesukaran pembelajaran spesifik (SpLD)
- Pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pembelajaran
- Pelajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, belia, dan dewasa yang memerlukan sokongan pembelajaran
- Ibu bapa yang memerlukan bimbingan dan sokongan intervensi untuk anak-anak mereka
- Pendidik dan pihak sekolah yang memerlukan konsultasi dan sokongan berkaitan disleksia dan pendidikan inklusif
Di Dyslexia Genius, kami percaya bahawa setiap individu mempunyai kekuatan dan bakat yang menanti untuk diserlahkan. Dengan sokongan, galakan, dan peluang yang tepat, setiap pelajar mampu berkembang dan mencapai kejayaan.
Program Kami
Dyslexia Genius Care Center merupakan sebuah pusat kegiatan dan intervensi yang memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran khusus, terutamanya dyslexia. Program yang dijalankan di pusat ini dirancang secara sistematik dan berstruktur bagi membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran asas, perkembangan komunikasi, pengurusan diri, serta kemahiran motor halus dan kasar utnuk membantu merangsang cara kerja otak untuk mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu, pendekatan kegiatan yang digunakan di Dyslexia Center adalah berdasarkan konsep kegiatan mengikut level atau tahap perkembangan murid. Pendekatan ini membolehkan proses kegiatan dilaksanakan secara lebih efektif, terancang, dan bersesuaian dengan keperluan individu setiap kanak-kanak.
Objektif Program
Program yang dijalankan di Dyslexia Genius Care Center bertujuan untuk:

Membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran mengurus diri secara lebih berdikari dalam kehidupan harian.

Mengembangkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial agar murid dapat berhubung dengan lebih baik bersama keluarga, guru, dan rakan sebaya.

Meningkatkan kemahiran motor halus melalui pelbagai aktiviti koordinasi tangan dan mata.

Membantu murid meningkatkan tahap fokus, koordinasi, dan daya tumpuan semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.

Membina keyakinan diri dan menggalakkan murid untuk berani mencuba perkara baharu.

Menyediakan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan keupayaan setiap murid.
Konsep Kelas Mengikuti Level
Bagi memastikan proses kegiatan lebih efektif, murid akan dibahagikan mengikut tahap perkembangan dan kemampuan masing-masing. Pembahagian kelas mengikut level ini membolehkan guru memberi perhatian yang lebih fokus serta menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan keperluan murid.
Level 1 -
Basic Skill
Level ini memberi fokus kepada murid yang memerlukan bimbingan asas dalam memahami arahan mudah, menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, dan membina keyakinan untuk menyertai aktiviti secara berkumpulan.
Antara fokus utama :
- Pengenalan rutin harian
- Latihan memberi perhatian
- Aktiviti asas komunikasi
- Pendedahan awal kepada aktiviti motor halus
- Pengurusan tingkah laku asas
Level 2 - Developing Skills
Pada tahap ini, murid mula didedahkan dengan aktiviti yang lebih tersusun dan memerlukan penglibatan aktif dalam komunikasi serta kemahiran kendiri.
Antara fokus utama :
- Kemahiran komunikasi dua hala
- Peningkatan kemahiran sosial
- Latihan mengurus diri secara lebih berdikari
- Aktiviti motor halus yang lebih mencabar
- Pengukuhan kefahaman arahan
Level 3 - Independent Skills
Level ini memberi penekanan kepada pembentukan keyakinan diri, kemahiran sosial yang lebih baik, serta kemampuan murid melakukan tugasan secara lebih berdikari.
Antara fokus utama:
- Pengurusan diri secara konsisten
- Interaksi sosial yang lebih baik
- Aktiviti penyelesaian masalah
- Kemahiran koordinasi yang lebih kompleks
- Pengukuhan emosi dan keyakinan diri
Program dan Aktiviti Yang Dijalankan
Program kemahiran mengurus diri merupakan salah satu aspek penting dalam membantu kanak-kanak menjadi lebih berdikari dalam menjalani kehidupan seharian. Program ini melatih murid untuk memahami dan melakukan rutin harian dengan lebih teratur dan yakin.
Antara aktiviti yang dijalankan:
- Memakai dan membuka kasut sendiri
- Mengancing baju dan menarik zip
- Mengurus beg sekolah dan barang peribadi
- Mencuci tangan dengan teknik yang betul
- Menggunakan sudu dan garpu dengan baik
- Menyusun dan menyimpan barang selepas digunakan
- Latihan menjaga kebersihan diri
- Dll
Manfaat program
- Membantu murid menjadi lebih berdikari dalam mengurus diri tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.
- Membentuk disiplin dan rutin harian yang lebih teratur.
- Meningkatkan koordinasi tangan dan keupayaan mengikuti arahan.
- Membina rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan persekitaran.
- Membantu meningkatkan keyakinan diri apabila murid berjaya melakukan sesuatu tugasan secara sendiri.
Program komunikasi bertujuan membantu murid meningkatkan keupayaan untuk berinteraksi, memahami arahan, menyampaikan kehendak, serta meluahkan perasaan dengan lebih baik.
Kemahiran komunikasi amat penting kerana ia membantu murid membina hubungan sosial yang positif dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan harian.
Antara aktiviti yang dijalankan:
- Latihan menyebut perkataan dengan jelas
- Aktiviti bercerita menggunakan gambar
- Permainan peranan (role play)
- Aktiviti berkumpulan
- Nyanyian dan pembelajaran melalui muzik
- Aktiviti mengenal emosi dan ekspresi wajah
Manfaat program
- Membantu murid meningkatkan kemahiran bertutur dan memahami arahan dengan lebih baik.
- Menggalakkan murid untuk berani berkomunikasi dan menyatakan kehendak mereka.
- Membantu perkembangan kemahiran sosial dan interaksi bersama rakan sebaya.
- Mengurangkan rasa malu dan kurang keyakinan ketika bercakap.
- Membantu murid meluahkan emosi dan perasaan secara lebih positif.
Program motor halus memberi fokus kepada perkembangan otot kecil pada tangan dan jari yang penting untuk aktiviti harian dan pembelajaran seperti menulis, memegang objek, dan menggunakan peralatan.
Aktiviti motor halus membantu meningkatkan koordinasi antara mata dan tangan serta melatih fokus dan kesabaran murid.
Antara aktiviti yang dijalankan:
- Mewarna dan melukis
- Menggunting dan menampal
- Bermain plastisin atau playdough
- Menyusun puzzle
- Aktiviti tracing dan menulis
- Memindahkan objek kecil menggunakan penyepit
- Memasang manik dan tali
Manfaat program
- Menguatkan otot tangan dan jari murid.
- Membantu meningkatkan kemahiran menulis dan memegang pensel dengan betul.
- Meningkatkan koordinasi mata dan tangan.
- Melatih daya fokus, ketelitian, dan kesabaran semasa melakukan tugasan.
- Membantu murid melakukan aktiviti harian seperti memakai baju, makan, dan menyusun barang dengan lebih baik.
Top Categories
The world’s largest selection of courses
Create Alongside Expert From Start To Finish
It is a long established fact that a reader will be distracted by the readable content of a page when looking at its layout.
A New Learning Expereience
It is a long established fact that a reader will be distracted by the readable content of a page when looking at its layout.

This is the heading
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.






